Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah
cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak
yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tampa mengeluh
dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat
kita semua.
Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera
yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh
kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke
rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang
yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata
terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus
lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong
satu orang lagi.
Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari
2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan
ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan
mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya
lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri
di atas tempat tidur.
Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk
menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul
cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang
tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit.
Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah
Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu lintas
yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan ini
ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan
pula dengan kehilangan ayahnya.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi
tulang belakang rumah tangga. Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan
menyara keluarga dengan menjadi pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit
hasil kerja kerasnya itu habis digunakan untuk menguruskan ibunya.
Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati para
tetangga, banyak tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada
ibu dan anak perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu
berebah otot kaki untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya
kadang-kadang sangat tak tertahankan.
Ada seorang pakcik yang
bekerja sebagai seorang doktor tradisional tua, setiap hari membantunya
memberikan terapi akupuntur terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga
mengajarnya menggunakan teknik akupuntur sederhana.
Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.
Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun kemudian, Yuanyuan
melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila masa,
Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama
memikul tanggung jawab mengurus ibunya.
Walaupun rumah
tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang
masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia
merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati
kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.
Bagi Yuanyuan, selama
21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah
seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia
“kerana itulah saya sanggup menjadi tongkat kepada ibu saya sepanjang
hidup saya”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar